Followers

Monday, November 15, 2010

.....al - fatihah.....

AL FATIHAH.....
 BUAT ex ROOMMATE KU DI UPM @ ADIK MANJA KU (FARHANA JOHARI)


YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI INI JAM 5 PAGI 15/11/2010...
YA ALLAH KAU TEMPATKANLAH DIA DI KALANGAN ORG2 YG BERIMAN..
SESUNGGUHNYA DIA AMAT BAIK YA ALLAH...
ANNA....
akak rindukan awak...
rindu nak bgurau dgn awak..
rindu nak ketawa sesama.........
rindu nak menangis sesama..
rindukan detik kejutkan awak solat subuh.......
really miss u sis......

Sepanjang arra belajar di UPM dulu dialah yg paling rapat dengan arra....
dia lah tempat arra berkongsi segalanya...
walaupun dia sakit...
dia kuat....
dia xpernah mengeluh...
alhamdulillah dia berjaya grad n mengenggam segulung ijazah...
Ya Allah...rindunye akak..teringat manja anna...
teringat mcm2 benda yg kita kongsi n wat skali...

anna menderita penyakit SLE....
nie arra nak kongsi skit pasal penyakit SLE...
 FROM : KOSMO

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.
Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.
Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

 
Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.

Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.

Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.

“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.
Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.

“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.

Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.
Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.
“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.
“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.

15 comments:

  1. boleh I link kan post ini?thank you

    ReplyDelete
  2. salam

    kye akak. farhana johari ni exclassmate sy kt matrik. terkejutnye dgr berita ni. sedih sgt... :'(

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnailaihirajiun... al fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  4. innalillah....we called her mache (machang dlm loghat klntn) n kitrg sekelas kt mtrix dulu. lme x dgr cter arwah...x sngke arwah dh xde...:(

    ReplyDelete
  5. munie : die selalu gak story pasal cite dia kat matriks dulu...selalu tunjuk pic time dia study kat matriks....
    zarf_iera : sesama kita doakan arwah farhana ditempatkan di kalangan org yg beriman..miss her so much.....

    ReplyDelete
  6. salam.. boleh tak sy nk tau, bile arwah dapat tahu yg dier ada masalah ni?

    ReplyDelete
  7. pertengahan tahun 2008...time tu sy masih di upm....dia demam pastu jadi sakit gatal2 ruam kat kulit especially bahagian kaki....pastu serang sendi....

    ReplyDelete
  8. owh.. da dlm 2 tahun la.. tak de pulak arwah cerita kat orang lain yea.. tak sangka la pulak jd mcm ni.. terase serba salah lak..

    ReplyDelete
  9. mat: iye...kami yg dalam bilik tu je yg tahu btl2....stronger gurl!!!dia xpenah mgeluh...leh bgurau2 lagi.....

    ReplyDelete
  10. haha.. ok.. terima kasih..
    :)

    ReplyDelete
  11. mat: nape rasa serba salah yer???
    ok..welcome..

    ReplyDelete
  12. dier ade la dulu dier contact sy tny kaba 2 3 kali.. tapi gaya mcm biase je.. tak la suspek ape2.. tak sangke lak jd mcm nih..

    ReplyDelete
  13. mat: ye ker...kwn arwah gak ker??? xpe..yg pergi ttp akan pergi....yg idup ni trima dgn redha n bykkan bdoa utk dia yer....

    ReplyDelete
  14. a'ah.. kawan kat matrix..
    insya'allah.. :)

    ReplyDelete