Followers

Saturday, November 20, 2010

JgN KawiN LaGi....

alya : mak ndak...adik xmau mak ndak kawin lagi...

(tu dia...terkejut arra dengar anak sedara arra yg umur 10 tahun cakap mcm tu...dah la tgh drive..mujur pegang stereng kemas..kalau x mau tbabas...)

mak ndak : adik...kalau mak ndak xkawin, nanti kalau mak ndak tua sape nak jaga mak ndak??"

(psiko...psiko....hehehehhehe)

alya: adik la jaga mak ndak...

(glluurrrpppp......:*)

mak ndak : nanti adik kawin, xkan adik nak jaga mak ndak???

alya : adik xmau kawin...adik takut nanti jadi mcm mak ndak...adik xmau mak ndak nangis lagi...adik sakit kepala pikir pasal mak ndak...

Ya Allah...sampai begini sekali pengaruh penceraian arra dalam kehidupan keluarga arra...terdiam arra bila alya kuarkan statement tu...mmg arra akui yg alya merupakan anak sedara yang paling close dgn arra....



sian alya...maafkan mak ndak yer syg sbb ganggu emosi alya spjg penderitaan mak ndak...ibu alya tpaksa habiskan separuh masanya dgn mak ndak untuk sedarkan mak ndak....untuk kembalikan mak ndak alya yg dulu..mak ndak syg alya....alya tpaksa tgk semua keliling alya menangis tengok penderitaan mak ndak...mak tok, wan, ibu, abah lebih2 lagi mak ndak....maafkan mak ndak syg...

n now arra kena happykan diri demi utk org keliling arra walau kdg2 dlm hati arra sedih sgt dgn apa yg tjadi...arra xnak apa yg tjadi dlm idup arra bagi kesan yg negatif pada alya....pada adik arra...pada anak2 sedara arra....alhamdulillah...sepanjang dr mac - nov arra brada bsama keluarga,arra dpt lihat alya jadi ceria...pelajaran pun ada peningkatan...

tapi...

ader lak kisah lain...cemburu dengan nur aina batrisyia...anak sedara baru...dilahirkan 6hb nov...mungkin dia xtjk obviously tapi dr riak muka dia nampak yg dia sedih bila arra xbeli utk dia...belikan baju untuk aina...

dear alya....aina kecik lagi....dia perlukan byk pakaian....nanti adik aina dah besar...kita pi shopping sesama yer....mak ndak sayang semua...

anis...alya...aliff..danial...iman...altamis...aina...baby (coming soon...anak kak mis) mak ndak syg kamu semua....

p/s: sebab tu la kita kenan didik diaorg ni sbaik mgkn sbb kdg2 kita xtahu apa yg diaorg fikirkan...pada ibu bapa yg suka bgado dpn anak2 tu hentikanlah....they learn from their environment....

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.........

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010


untuk semua blogger...
dikesempatan ini arra nak ucapkan
Selamat hari raya aidiladha...
Maaf Zahir n Batin...

yelah...
kot2 ader yg terasa atau terkasar bahasa...
ner la arra tahu....
moga2 ada yg sudi memaafi...
I LOVE U ALL....

Tuesday, November 16, 2010

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Korang mesti pelikkan???
ape la kaitan benda ni dgn arra...
okey...
khas untuk blogger baru like me..
hehehehehe
sila la layari en ben :)

banyak sgt mbantu bg blogger baru cam arra..
tq mr ben!!!



Monday, November 15, 2010

.....al - fatihah.....

AL FATIHAH.....
 BUAT ex ROOMMATE KU DI UPM @ ADIK MANJA KU (FARHANA JOHARI)


YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI INI JAM 5 PAGI 15/11/2010...
YA ALLAH KAU TEMPATKANLAH DIA DI KALANGAN ORG2 YG BERIMAN..
SESUNGGUHNYA DIA AMAT BAIK YA ALLAH...
ANNA....
akak rindukan awak...
rindu nak bgurau dgn awak..
rindu nak ketawa sesama.........
rindu nak menangis sesama..
rindukan detik kejutkan awak solat subuh.......
really miss u sis......

Sepanjang arra belajar di UPM dulu dialah yg paling rapat dengan arra....
dia lah tempat arra berkongsi segalanya...
walaupun dia sakit...
dia kuat....
dia xpernah mengeluh...
alhamdulillah dia berjaya grad n mengenggam segulung ijazah...
Ya Allah...rindunye akak..teringat manja anna...
teringat mcm2 benda yg kita kongsi n wat skali...

anna menderita penyakit SLE....
nie arra nak kongsi skit pasal penyakit SLE...
 FROM : KOSMO

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.
Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.
Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

 
Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.

Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.

Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.

“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.
Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.

“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.

Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.
Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.
“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.
“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.

Friday, November 12, 2010

sharing is caring?????

mungkin ramai yang biasa dengar
istilah "sharing is caring" kan????

dalam hal ni...
ape yg blh dikongsi n ape yg xblh dikongsi???

arra xtahu org lain punyer pemikiran..
tapi ini sekadar kata hati arra...
arra boleh bkongsi apa saja dgn org...
tapi...
ada batas n etikanya...
errrmmmm..ape dia???
yelah...dr kecik lagi arra diajar bkongsi dgn adik beradik...
dengan kwn2 rapat....
tambahan lak...
 dalam family yg sederhana mcm family arra...
kami sama2 bkongsi masalah...
pinjam antara satu sama lain...
anak2 diaorg bagaikan anak2 arra..

tapi arra melalui pengalaman yg pahit ttg 'sharing' nie...
arra xmenolak hukum Allah...
arra xmenolak poligami...
malah mungkin ada yg xpercaya,
arra sendiri yang bw ex husband (husband lg time tu)arra ke umah girl tu utk mberi kebenaran kawin...
bayangkan...
sumpah demi Allah
dia xdpt blaku adil kalau bpoligami...
xkawin pun kasihnye byk ke sana, kalau kawin???
terumbang ambing arra dibuatnye...

kawin n cerai...
sape yg nak...
berat menempuh alam janda ni...
xramai yang sggp menempuh...

tapi alhamdulillah....
"sharing is caring" tu la yang mbantu arra...
my mom, my dad...
my siblings....
sentiasa bersama arra
diwaktu arra perlukan diaorg semua...
kami semua berkongsi rasa,
arra menangis diaorg hiburkan arra...
arra jatuh diaorg kuatkan semangat arra kembali...
betapa bangganye arra punya mereka semua...



ini ayahanda yg tercinta...dia la yang banyak berkorban untuk arra..
sama xmuka kami?? mcm fotostatkan???
xputus2 dia bdoa utk arra...
bgn malam solat tahajud...solat hajat....
demi utk arra....
ayah biasa ckp pd arra "kembalikan khairiah yg ceria"
OMG...ayah,tq so much....



ni pula bonda....
ini lagi la....
kasih syg yg xberbelah bagi....
saat2 arra kecewa dgn apa yg tjadi dlm idup arra
dialah bintang yg memberi sinar pd arra...
sabar melayan karenah arra...
mak....i really love u...
dlm pic ni ader kak arra yg sulung n ke2...
dia org ni pun byk bg support utk arra
terutama yg sulung tu...
sis...thanks n love u 2....


n.....utk yg tlh mgecewakn arra...
satu je arra nak bg tau...
im happy with my life now!!!!
itu pun kalau dia pandai baca blog n buka tenet...
hahahahaha

utk family arra "SHARING IS CARING" tu utk kegunaan yg baik2 je...
i mean utk kiter je....
hahahahaha....

so.....show ur love....



oBeSiTi......2 cara untuk trnkan brat bdn.......ermmmm....jom kiter baca...

to anizyn blogspot.....arra view ur blog n find sumthin yg menarik utk share....tq 4 the info...sbb arra tgh berusaha utk trnkan brat bdn...kalau ader yg nak bg petua or nasihat amat la dialu- alukan....

Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN

Individu yang mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti hanya mempunyai dua cara terbaik untuk menguruskan badan.

Langkah yang perlu diambil ialah mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten.Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila berkata, ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak badan dan bukannya air atau otot badan.

Menurut beliau, langkah menguruskan badan yang terbaik apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan satu kilogram setiap minggu.``Individu perlu ingat, penurunan berat badan dengan kurang mengambil air akan menjadi sia-sia kerana ia hanya sementara,'' katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan.Katanya, ia berlaku apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan tinggi kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkabonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar. ``Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka akan mengalami pertambahan berat badan,'' ujarnya.

Oleh itu, kata Premila, adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama menguruskan badan. Jelasnya, langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, yo-yo diet dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan membuat individu tersebut gagal.

Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan yang betul iaitu:-

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.

* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.

* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.

* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.

* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

Bagaimanapun, tambahnya, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan, dinasihatkan berjumpa doktor.

Sambung Baca:
http://anizyn.blogspot.com/2008/03/obesiti-dua-cara-kuruskan-badan.html#ixzz153nP5g00

Wednesday, November 10, 2010

DoUbLE TQ 2 iYLia

TQ iYLia.....

mlm nie arra chatting dgn seorg girl yg bnma iylia...
she so nice...
arra memula kenal iylia ni dlm VF..
ermmmmmm...
suka sgt tgk cr dia bpakaian...
from there i learn sumthin!!!
big size???XDE MASALAH LOOORRR!!!
so..arra mula follow blog dia n FB dia...
comel sgt...


ni la iylia yg arra maksudkan...
dan ini la pic yg pertama arra view dlm VF...
(sori my dear iylia.....promo awak jap eh!!!)
arra follow trus n trus bc blog dia...
n tonite dia dah btkr jd pakar motivasi...
ermmmm bagus utk pmbangunan emosi
bagi yg self esteem dia rendah ni...
truskan usaha u lia!!!
proud to know u....